Sunday 24 March 2024

Taklimat sekolah

Bismillah...

Semalam pergi sekolah Ziyad. Ada taklimat sikit dari guru kelas dia. Bagi tau tentang program sepanjang persekolahan untuk tahun 2024. Ada persatuan / kelab sekolah & boleh jugak join kelab yang dibawa dari luar. Agak terkejut ye bila suami bagi tau ada kelab kelas 😁 

Saya join dengar taklimat dalam kelas agak lewat sikit. Sekali tiba2 muallimah bagitau sekarang ni nak cari ketua & penolong dalam kalangan ibu bapa untuk hal ehwal kelas. Dan2 tu semua ibu bapa menundukkan muka kebawah 🤣

Tangkap gambar dulu sebelum balik

Alhamdulillah nama kami tak dipetik oleh muallimah. Cukup2 la dulu je busy dengan program. Sekarang ni nak santai2 je tolong2 apa yang patut hehe.

Wallahu A'lam



Sunday 17 March 2024

Perlu induce ke?

Bismillahirrahmaanirrahim...


Untuk kesekian kali... Berita perlu induce pada 18/01/2024 agak lah mendebarkan saya. Maklumlah kandungan sebelum2 ni semuanya ada tanda bersalin secara normal. Tiba-tiba kandungan kali ni doktor sarankan untuk induce sedangkan due date 22/01. Beza jarak 4 hari je dan saya optimis untuk kandungan kalini, insyaAllah akan ada tanda2 yang datang secara natural. Dengar perkataan 'induce' lebih mendebarkan berbanding 'natural contraction'...


--- Sejak dari itu, setiap kali selepas solat tak pernah tinggal doa supaya saya dapat bersalin sebelum tarikh 18/01, dapat tanda & dapat bersalin secara normal ---


17/01/2024


3.45am : Tengah lena dibuai mimpi, tiba2 terasa lenguh pinggang macam senggugut. Terjaga dari tidur, ingatkan nak sambung tidur je. Tapi memikirkan ini kandungan keempat, risau pulak terberanak dekat rumah 😅

4.00am : Keluar ke ruang tamu untuk cek barang2 yang perlu dibawa ke hospital. Kemas2 apa yang patut. Camtulah perempuan, nak bersalin pun fikir keadaan rumah yang bakal tidak diusik (untuk mengemas) sekurang2nya untuk 2 minggu. Kasi clear habis rumah supaya kita berpantang pun, dengan harapan insyaAllah takde lah rasa serabut mata sangat.

6.00am : Bersihkan diri dan solat subuh siap2 dekat rumah. Kemas baju anak3 incase umi lama dalam hospital tunggu proses nak bersalin, boleh drop anak2 kat rumah kawan.

6.30am : Bergerak ke hospital & whatsapp mama. Anak3 tunggu dalam kereta. 

7.30am : Ditolak ke labour room kerana bukaan sudah 6cm.

9.01am : Alhamdulillah keluarlah seorang puteri yang dinanti... Anak3 masih setia menunggu didalam kereta.


Harini sudah 2 bulan umurnya. Nama diberi Hannah Sumayyah binti Ahmad Yamin. Hannah, sempena nama isteri Imran merangkap ibu kepada maryam (ibu nabi Isa). Sumayyah, sempena nama wanita yang kuat imannya.

Umi doakan semoga Sumayyah sentiasa dibawah lindungan Allah, dipermudahkan segala urusan sepanjang hidup, dikurniakan iman yang tinggi. Moga menjadi anak solehah penyeri hidup umi ayah abang ziyad umar dan amru. Amin3 ya Rabbal 'Alam


Nota kaki : Alhamdulillah untuk anak keempat, suami dapat teman sekali dalam labour room. Saya dah bagitau dia tak perlu la teman, maklum lah anak3 masih kecik. Risau diorang tunggu lama. Syukur lah Ziyad & Umar pandai jaga Amru. Semuanya baik2 aja dalam kereta. Alhamdulillah.

2.00pm mak ayah saya sampai. Keesokan harinya, mula lah sesi berpantang tenang sehingga badan betul2 sihat :)

Wallahu A'lam

Monday 11 March 2024

Hari pertama sesi persekolahan

Bismillahirrahmaanirrahiim...


Harini hari pertama Ziyad & Umar sekolah untuk sesi 2024/2025. Merasa la suasana baru, dapat kenal dengan cikgu2 baru, kawan2 baru...


Excited betul Umar nak sekolah 😄
         

Ziyad steady. Hantar dia pergi sekolah, kita tak risau sangat. Mungkin sebab anak sulung kot & tau insyaAllah dia cepat adapt dengan suasana baru.

Senyum :)

Yang risaunya bila fikir Umar ni nak masuk sekolah. Tapi bila ayah dia hantar pagi tadi, lain pulak jadinya. Ayah dia baru pass buku & tanya beberapa soalan kat cikgu kat depan pintu masuk. Sedar2 cari Umar, ehh hilang dah ehhh dah masuk kedalam. Tak sempat ayah dia nak tangkap gambar hahhaha. Umar2.


Umi doakan moga Allah permudahkan jalan buat Ziyad & Umar dalam menuntut ilmu. Moga sentiasa diterangkan hati. Dikelilingi dengan kawan2 yang baik tutur katanya, tinggi adab dan akhlak. Moga jadi anak2 yang soleh penyejuk hati umi ayah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.  Amin2 Ya Rabb 🤲


Thursday 14 April 2022

Yang ketiga :)

Bismillah....


13/02/22

3.30pm - Cakap kat suami.. Rasa macam dah start sakit2 pinggang ni.

4.00pm - Ada tragedi berlaku. menyebabkan saya hilang fokus pada sakit pinggang sampai kemalam


14/02/22

Tidur malam mimpi contraction sangat kerap. Saya pun confius adakah tu mimpi @ realiti. Sebab mengantuk + mamai.


5.40am - Rasa macam sakit contraction datang setiap setengah jam..Tapi tempoh sakitnya xlama. Terus bangun sempat buat solat tahajud. Doa moga urusan bersalin berjalan dengan pantas & lancar


6.15am - Sakit contraction datang setiap 3 @ 5 minit sekali. Tempoh sakit dalam 30 saat


6.45am - Bagitahu suami contraction makin kerap. Nekad nak ke hospital terus pagi tu.


7.30am - Sampai hospital cek bukaan dah 5cm


8.30am - Ditolak ke labour room. Sakit menggila mula terasa. Tak tau nak describe macam mana. Sampai je labour room, lepas pindah katil, nurse cek bukaan. Bukaan penuh. Tiba2 air ketuban pecah & rasa nak teran datang. Saya terus teran sekuat hati. Alhamdulillah kepala dah keluar. Tarik nafas seterusnya utk keluarkan badan baby pula


8.57am - Kedengaran tangisan baby yang sangat kuat. Kalah abang2nya hehe. Tiba2 nampak kelibat suami baru sampai ke labour room


Tiada ucapan lain meniti dibibir kecuali Alhamdulillah Allahu Akbar Alhamdulillah Alhamdulillah... Saya xboleh imagine ibu2 yang ada sampai 10 orang anak. Hebatnya mereka menanggung sakit bersalin.


Harini genap 2 bulan umurnya. Anak ketiga kami diberi nama, Ahmad Amru Suhayl bin Ahmad Yamin. Moga menjadi hamba Allah yang bertaqwa, penyeri hidup umi ayah didunia & akhirat


Nota kaki :

- Anak ketiga juga suami tak sempat tengok proses bersalin. Alhamdulillah dimudahkan urusan bersalin juga kalini


Wallahu A'lam

Wednesday 9 December 2020

Calling2 tetibe ajak g pantai

Bismillah

Sape penah pegi Pantai Cempaka angkat tangan ! Pantai ni rupanya sebelum sampai ke Pantai Sepat. Area Kempadang dekat je. Dulu waktu duduk sana, boring2 je terus ke pantai. Sekarang dah jauh sikit, kita ke pantai Balok jela dekat sikit kiki.


Alaaa kononya nk letak video. Besar la plk saiz nye. Xleh upload. K la, lenkali jalan2 kena tangkap gambar la jugak nampak gayanya.


Wallahu A'lam










Thursday 22 October 2020

Ziyad dah masuk 3 tahun :)

Bismillah...

Selamat hari lahir ziyad !

Dah 3 tahun dh ziyad. Nak ckp cepat masa berlalu, mcm lama la jgk haha. Melayan kerenah ziyad. Kalau lah thn depan ziyad masuk tadika (anak-pra), maka bermulalah sesi persekolahan sampai la ziyad masuk U utk kejar cita2.. (Tapi InsyaAllah xkot, selagi kes covid xsettle rasanya ziyad ddk rmh jela biar umi jd personal tutor) 😂

Cecah umur 3 tahun ni, pencapaian ziyad...

- Hampir semua bnda dia nk buat sendiri. Makan, mandi, sabun badan, tuang air, basuh pinggan, vacuum, mop lantai, pakai baju, pakai kasut, buka tv mcm2 lah

- Tak pakai pampers di siang hari. Yeay ! Mlm2 masih pakai pampers. Tapi biasanya bgn pagi, xlama pastu dia akan ckp 'abg nk kencing'. So terus bawak pegi toilet

- Hafal surah al fatihah (ayat 1 - 5)

- Pandai baca A Ba Ta Tha

- Sangat cepat tiru apa y kluar kat iklan TV (ohhh ni obviously ada pros n cons). Kena hati2 lebih sket dgn apa y dia tgk sbb dia mmg cepattt meniru aksi org..

Apa2 pun, Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Sempat ajak ayah pegi celebrate birthday dia kat luar hehe. Simpan sini utk kenangan.

Saya dah 3 tahun :D

Kids meal

Punyala happy dpt kek

Suap la birthday boy kan hehe

Umi doakan moga ziyad dikurniakan iman y tinggi, kesihatan y baik, memiliki akhlak y terpuji, baik tutur kata, menjaga solat diawal waktu, jadi anak y soleh, asbab umi ayah masuk syurga. Moga sentiasa berada dalam redha Allah & dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan hidup ziyad sehingga bertemu dengan-Nya kembali. Amin

Wallahu A'lam

Thursday 24 September 2020

Peminat Skechers?

 Bismillah

Semalam cakap kat husband...

S : Malam ni kita nk kluar la beli barang jap nak masak utk umar

Y : Haaa jom2. Kte igt nak belikan awk kasut. Skrg Skechers tgh ada promo

S : Skechers? Best ke? (Maklumlah sy ni masih lg ddk zaman dulu kala asyik igt Scholl je kasut y best)

Y : Best ! Ada mcm2 jenis. Blh guna utk g keje, jalan2, sbb tapak dia lembut sgt so sesuai la utk org y kerja berdiri lama, byk jln ke. Xde la sakit sgt kaki

S : Ooo. Ok mcm menarik je


Dah g kedai, hasilnya...

Dua2 beli kasut ! Haha

Mine :)


Kalau korg beli design y new arrival, kasut kedua y korg beli dpt diskaun 63%. Kalau beli y kat rak2 biasa tu, diskaun 30% each. Memang berbaloi beli time promo.

Lepas shopping kasut, baru la singgah kedai beli barang dapur (>.<) Sis excited okayyyy dpt kasut maklumlah dh lama dh xbeli kasut2 ni. Haha. Thank youuu awak lanje itew. Hahaha

Wallahu A'lam